Sunday, 26 August 2007

PENAMATAN PERUNTUKKAN OLEH KERAJAAN JOHOR

WAJAH ISTANA KG GLAM SEKARANG (2007)


Pada 6 mei 1999 Kerajaan Johor telah mengumumkan untuk menamatkan peruntukkan kewangan kepada Istana Kg Glam Singapura dengan alasan sudah tiada penduduk dari waris Sultan Hussien di dalam istana itu kerana ianya telah di ambil alih oleh kerajaan singapura dan di jadikan Malay Heritage Centre.
Persoalannya kini ialah wang peruntukkan tersebut adalah sebahagian dari tanggungjawap Kerajaan Johor yang di wajibkan oleh undang-undang oleh Kerajaan British [Enakmen Kelas 3 (pencen kerabat) Keluarga Beradulat (Elaun) 1960]supaya menanggung perbelanjaan penyelenggaraan istana kg glam termasuk peruntukkan yang lain sebanyak RM18,000 sebulan, dari RM18,000 itu sebanyak RM4,200 untuk membayar bil-bil air dan letrik istana kg glam kepada PUB (Public Utilities Board Singapore) dan bakinya senbanyak RM15,800 harus di serahkan kepada pewaris Sultan Hussien untuk membiayai hal-hal yang lain.
Tetapi kini, peruntukkan itu di tammatkan tanpa undang-undang yang jelas dan atas dasar apa ianya harus di tamatkan? sedangkan isu dan pertikaian pemilikan tanah istana kg glam diantara pewaris Sultan Hussien dengan kerajaan PAP singapura maseh belum selesai, kenapa dan mengapakah Menteri Besar Johor mengambil tindakkan itu tanpa merujuk kepada Pewaris-Pewaris Sultan Hussien terlebih dahulu?.
Dan jika RM4,200 untuk peruntukkan membayar bil-bil air dan letrik di tamatkan, kenapa pula baki RM15,800 juga dibekukan dan tidak dibuat pembayaran kepada pewaris Sultan Hussien?..
kemanakah wang itu kini?.....
Seperkara lagi yang harus di ketahui ramai ialah kenapa YAYASAN WARISAN JOHOR TERLIBAT SAMA MENJAYAKAN PROJEK MALAY HERITAGE CENTER ISTANA KG GLAM DENGAN BEKERJASAMA DENGAN YAYASAN WARISAN MELAYU ISTANA KG GLAM sedang isu mengenai TANAH PUSAKA ITU BELUM SELESAI???...Tindakkan Yayasan Warisan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Johor itu menunjukkan ketidak pekaan Kerajaan Johor terhadap isu istana kg glam, tindakkan itu mencerminkan SOKONGAN KERAJAAN JOHOR terhadap KERAJAAN PAP SINGAPURA MERAMPAS TANAH PUSAKA SULTAN HUSSIEN SHAH DI KG GLAM dan membelakangkan KEDAULATAN KERABAT DIRAJA WARISAN SULTAN HUSSIEN SHAH DI SINGAPURA.
Dan dengan sokongan kerajaan Johor melalui Yayasan Warisan Johor di bawah pimpinan Datuk Abdul Ghani maka kerajaan PAP singapura merasa bahawa tindakkan mereka merampas tanah pusaka itu adalah 100% DI RESTUI OLEH JOHOR dan dengan kerja sama diantara kedua-dua yayasan itu pula menggambarkan SUDAH TIADA APA LAGI KEDAULATAN DIRAJA SULTAN HUSSIEN SHAH DI SINGAPURA. Adakah ini tingkah laku orang Melayu terhadap orang Melayu yang lain?
APA YANG DIRAIH OLEH KERAJAAN JOHOR TERHADAP TINDAKKAN MEREKA ITU YANG MENAMATKAN PERUNTUKKAN BULANAN TERHADAP PEWARIS SULTAN HUSSIEN?, DAN APAKAH MUSLIHAT KERAJAAN JOHOR BEKERJASAMA DENGAN KERAJAAN PAP SINGAPURA MENUBUHKAN THE MALAY HERITAGE OF ISTANA KG GLAM???...........
Sedangkan pewaris-pewaris terkial-kial menuntuk hak-hak mereka, sehingga ada yang terbunuh, ada yang terpaksa keluar dari kawasan istana tempat tinggal mereka yang sah, ada yang terpaksa melarikan diri keluar dari singapura kerana di ancam oleh kerajaan PAP singapura dan sebahagian besar dari waris-waris keturunan Sultan Hussien yang tidak tahan di ancam dan di ugut oleh kerajaan PAP singapura terpaksa MENANDATANGANI SURAT PENYERAHAN KUASA KEPADA PEJABAT TANAH SINGAPURA (LAND OFFICE) BUAT SELAMA-LAMANYA jika mahu terus menetap sebagai rakyat singapura.
Adakah Kerajaan Johor dan Menteri Besarnya tahu segala kepahitan hidup, dan segala masaalah yang terpaksa di tempuh dengan kerajaan PAP sebagai Pewaris Sultan Hussien Shah di Singapura ini?
Mereka, Pewaris Sultan Hussien Shah bertungkus lumus semenjak dari tahun 1973 lagi meminta pelbagai bantuan dan campur tangan negara-negara yang terlibat dengan Istana Kg Glam supaya membantu mereka dari segi undang-undang bagi mempertahankan hak milikan tanah yang seluas 56 ekar dan kawasan istana dari di rampas oleh kerajaan PAP singapura, terutamanya kepada DYMM Yang DiPertuan Agong malaysia, Raja-Raja Melayu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia (ketika itu Dr Mahathir Mohamad), Queen Elizabeth dan Kerajaan British, Negara-Negara Komenwel, tetapi TIDAK SATU PUN DARIPADA MEREKA YANG DAPAT MEMBERIKAN APA-APA SOKONGAN MAHUPUN APA-APA BANTUAN kepada para pewaris Sultan Hussein Shah ini, yang memberikan jawapan ringkas hanyalah dari Queen Elizabeth dan Sekretariat Negara Komenwel, itu hanya sekadar memaklumkan bahawa mereka mendapat berita tersebut dan tiada susulan tindakkan selepas itu. Dari Malaysia iaitu DYMM, RAJA-RAJA MELAYU DAN PM MALAYSIA tidak membalas apa juga surat yang di ajukan kepada mereka sehingga kini.
Apakah yang sebenarnya berlaku dengan orang-orang besar di Malaysia ini hanya Tuhan yang tahu, hendak dikatakan mereka takutkan PAP dan Singapura, Malaysia dari besar, lagi hebat, lagi kuat dan lagi ramai penduduk dari singapura ini, hendak di katakan Raja-Raja Melayu tidak kena mengena dengan pewaris Sultan Hussien Shah, kebanyakan daripada Raja-Raja Melayu Malaysia mempunyai pertalian darah dan dari susur galur keturunan yang sama dengan Sultan Hussien Shah, tetapi kenapa mereka tidak dapat menolong?,jika sekiranya mereka tidak mahu mengeruhkan suasana politik dengan kerjaan PAP singapura pun, maseh ada cara lain yang mereka boleh membantu seperti memberi sokongan wang ringgit bagi menampung mendapatkan peguam handalan dunia sehingga kes itu dapat di tamatkan dengan baik atau mereka boleh memberikan tekanan politik kepada PAP singapura supaya menghormati undang-undang yang di peruntukkan kepada pewaris Sultan Hussien Shah dan supaya memberikan pampasan yang setimpal dengan nilai pasaran tanah pusaka itu. Jika setiap sembilan Raja-Raja Melayu dapat menyumbangkan sebanyak RM500,000 setiap seorang, maka RM4.5 juta dapat di kumpul dan ini dapat membantu pewaris Sultan Hussien mendapatkan khidmat Peguam DiRaja British bagi menentang kerajaan PAP singapura dan peluang untuk menang adalah cerah, jadi tidaklah anak cucu cicit Sultan Hussien hidup merempat di sana sini seperti hari ini.
Jika mereka didapati menang kes itu di mahkamah dan mendapat pampasan yang setimpal dari PAP, setakat RM4.5 juta itu tidak menjadi masaalah untuk pewaris Sultan Hussien membayarnya balik kerana nilai tanah kawasan istana kg glam yang seluas 56 ekar itu jika di dalam nilai sekarang adalah berjumlah lebih dari S$7.4 Biilions, jadi apakah yang menghalang Raja-Raja Melayu dari membantu mereka dari segi kewangan???...
Kerajaan Malaysia juga boleh memainkan peranan diplomatik dengan memberikan tekanan politik, kerana singapura merdeka melalui Malaysia dan bukan melalui Kerajaan British, di dalam watikah kemerdekaan singapura ada termaktub kerajaan singapura harus menjaga segala kepentingan orang-orang melayu di singapura dan Yang Di Pertuan Negara Singapura bertanggung jawap memikul tugas memastikan hak-hak orang melayu tidak ditindas atau di abaikan oleh pemerintah singapura, surat itu di tandatangani oleh 8 orang pemimpin singapura dengan pemimpin Malaysia yang di ketuai oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, jadi tiada sebab bagi Perdana Menteri terkini Malaysia untuk tidak mengungkit perkara tersebut bagi mempertahankan hak dan kedaulatan Sultan Hussien Shah di Singapura, malah ianya akan dapat membantu keluarga di raja tersebut.
Seperkara lagi yang menguatkan hujjah membantu keluarga diraja Sultan Hussien Shah ini ialah mereka bukannya menuntut untuk menjadi pemerintah di singapura, mereka tidak menuntut untuk menjadi Sultan Singapura atau menuntut untuk tanah itu di kembalikan kepada mereka, apa yang mereka cuba tuntu adalah HAK MEREKA AGAR DIBERI PAMPASAN MENGIKUT KADAR PASARAN SEMASA MELALUI ORDINAN SULTAN HUSSIEN SHAH CHAPTER 382 dan bukan dihalau seperti anjing pariah oleh PAP singapura dengan memberi ganjaran yang tidak setimpal dengan harga pasaran, pewaris Sultan Husseien Shah sedar bahawa untuk mempertahankan hak milik tanah itu dari kerajaan PAP adalah sukar dan terlalu sukar, jadi jika kerajaan PAP mahukan sangat tanah tersebut mereka haruslah berani membayar dengan nilai sebenar dan bukan menggunakan kuasa mereka sebagai pemerintah menguasai tanah tersebut dengan menggunakan kuasa majoriti parlimen 88-1 mereka, jika sudah 88-1 suara majoriti PAP di dalam parlimen, apa juga pun akan di luluskan oleh pemerintah dan inilah yang terjadi terhadap Ordinance Sultan Hussien Chapter 382 yang di ubahsuai oeh PAP demi untuk merampas tanah pusaka itu dari para pewaris Sultan Hussien Shah.
Ini adalah rayuan terbuka kepada masyarakat dunia untuk memberikan segala jenis bantuan kepada pewaris keluarga diraja Sultan Hussien Shah di Singapura, berilah bantuan kepada mereka walaupun siapa anda sekali pun, bukalah mata dan bukalah telinga terhadap masaalah Istana Kg Glam ini..Kepada DYMM Raja-Raja Melayu Malaysia sebagai keluarga yang mempunyai susur galur yang sama dengan Sultan Hussien Shah ini sudilah kiranya mencemarkan duli membantu kaum keluarga yang amat tertindas ini kepada Tuanku-Tuanku semualah mereka mengharap belas dan ehsan, sudahlah datuk moyang mereka ditipu oleh pihak inggeris sehingga kehilangan kuasa di singapura dan kini anak cucu cicit mereka di tipu oleh pemerintah PAP singapura, bangkitlah wahai orang-orang melayu bangkitlah dari lamunan dengarkan segala rayuan ini, akan tiada kamu menjadi miskin jika kamu menolong mereka sesungguhnya mereka adalah tergolong didalam perbuatan yang zalim dan dizalimi.......

Berita mengenai penamatan peruntukkan istana kg glam ini di umumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Bin Othman dan tersiar di dalam Akhbar UTUSAN MALAYSIA bertarikh 7hb Mei 1999, dan sebahagian dari ucapan beliau adalah seperti berikut:- "Bagaimanapun, kita akan terus membayar elaun lain seperti yang termaktub dalam undang-undang keluarga diraja itu"

Thursday, 23 August 2007

SEJARAH SULTAN HUSSIEN SHAH

Pada tahun 1761-1812 Sultan Mahmud Shah III memerintah kerajaan JOHOR/LINGGA/RIAU/PAHANG.

Waktu hidupnya Sultan Mahmud III baginda mempunyai 2 anak lelaki iaitu TENGKU HUSSEIN (Tengku Long) dan adiknya TENGKU ABDUL RAHMAN. Baginda juga telah melantik beberapa orang-orang besar untuk membantu memerintah negeri-negeri jajahan baginda seperti RIAU - dilantiknya Yam Tuan Muda Raja Jaafar, JOHOR/SINGAPURA- dilantiknya Temenggong Abdul Rahman, PAHANG - dilantiknya Bendahara Tun Koris yang kemudiannya di gantikan dengan Bendahara Tun Ali.

Pada tahun 1812 sewaktu Tengku Hussien berada di Pahang, Sultan Mahmud III mangkat di Lingga, oleh kerana keadaan laut yang bergelora Tengku Hussien tidak dapat pulang dengan segera bagi menghadiri pengkebumian baginda Sultan, dan oleh kerana itu Yam Tuan Muda Raja Jaafar orang yang paling berkuasa di Riau telah melantik Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan bagi menggantikan Sultan Mahmud III dengan gelaran SULTAN ABDUL RAHMAN MUADZHAM SHAH (1812-1819) dengan alasan mengikut adat istiadat supaya Sultan Mahmud III dapat di makamkan segera, tetapi sebaliknya ia mempunyai tujuan tertentu iaitu ingin memperalatkan Tengku Abdul Rahman keranaTengku Hussein tidak berbaik dengan Yam Tuan Muda Raja Jaafar!, dan jika Tengku Hussien yang di tabalkan menjadi Sultan maka Yam Tuan Raja Muda Jaafar akan kehilangan kuasa. Dari peristiwa itu dengan sendirinya Tengku Hussein kehilangan tahta kerajaan.

Pada bulan Julai tahun 1818, seorang pegawai inggeris di Melaka (Residen) bernama William Farquhar (Kolonel) telah berutusan dengan pemerintah-pemerintah melayu di Lingga, Riau dan Johor di mana beliau telah mengetahui percaturan politik yang berlaku di dalam kesultanan Johor/Riau/Lingga/pahang, peluang ini telah digunakan pula olih Sir Thomas Stamford Raffles (Lieutenant) Gabenor Kompeni Inggeris di Bangkulu.

Pada 28 januari 1819, Sir Thomas Stamford Raffles bersama angkatan sebanyak 8 buah kapal telah tiba di Kepulauan Sekijang - Singapura dan pada keesokannya memasuki Singapura, William Farquhar telah mengadap Temenggong Abdul Rahman pemerintah Singapura pada waktu itu, di mana rumahnya terletak tidak jauh dari sungai Singapura.

Temenggong Abdul Rahman telah di pujuk untuk membenarkan Inggeris menetap dan membangunkan loji atau gudang mereka di Singapura, sebagai balasan pihak Inggeris akan melindungi Temenggong Abdul Rahman dan memberi wang sebanyak 3,000 ringgit setiap bulan.
Pada 30 hb januari 1819, Raffles telah membuat "PERJANJIAN SEMENTARA" dengan Temenggong Seri Maharaja Abdul Rahman, orang yang memegang kuasa memerintah Singapura/Johor, dan isi kandungan Surat Perjanjian Sementara itu berbunyi seperti berikut:-

* Temenggong Seri Maharaja Abdul Rahman, Raja Singapura yang memerintah negeri Singapura dan sekelian tukun (tokong) pulau mana di dalam pemerintahannya. Singapura dalam dia punya nama sendiri dan di dalam nama Seri Sultan Hussein Shah Muhamad Raja Jaafar dengan Seri Paduka Thomas Stamford Raffles dengan daerah wakilnya Seri Maharaja Gabenor_Jeneral di Benggala Yang Maha Mulia*

*Maka dari sebab lama bersahabat dan berdagangan perniagaan antara kompeni Inggeris dengan negeri daerah yang di bawah pemerintah Singapura-Johor itu baik dibikinkan pekerjaan yang patut tiada boleh putus selamanya, perkara pertama, mak kolej Kompeni Inggeris membikin lagi akan penduduk di Singapura atau lain-laun tempat yang dibawah perintah Singapura-Johor*

*Perkara kedua, maka dari sebab itu kompeni Inggeris berjanji memelihara Dato Temenggong Seri Maharaja*

*Perkara ketiga dari hal tanah kompeni mahu bina loji penduduk kompeni bolehlah beri pada satu tahun Dato Temenggong Seri Maharaja tiga ribu rial*

*Perkara keempat maka Dato Temenggong perjanjian selama-lamanya yang kompeni inggeris boleh duduk dan pelihara seperti janji ini tiada dia boleh masok bicara atau lepas masok didalam daerahnya pada segala bangsa yang lain daripada inggeris*

*Perkara yang kelima maka apabila datang Seri Sultan yang dijalan sampai disini boleh habiskan semua perkara perjanjian ini dan tetapi baiklah kompeni inggeris boleh pilih satu tempat mahu menaikkan bala tenteranya dengan alat perkakasnya dan menaikkan bendera inggeris, maka dari itu diturunkan tandatangan dan cop kita didalam kertas ini. Tatkala diperbuat surat ini kepada empat haribulan Rabiul Akhir tahun 1232*


Oleh sebab Raffles hendak menguatkan lagi kedudukan inggeris di Singpura an ia pun mengetahui kedudukan kesultanan Johor/Riau yang sedang dipertikaikan itu, dan juga mengikut seperti yang tersebut dalam perjanjian sementara itu, Raffles dan Temenggong Abdul Rahman pun menghantarkan orang-orang pergi ke Riau mengambil Tengku Hussien (Tengku Long) di bawa ke Singapura.
Pada 1 hb februari 1819, TENGKU HUSSIEN telah sampai ke Singapura, Tengku Hussein telah bermesyuarat dengan Temenggong Abdul Rahman tentang orang-orang inggeris hendak menduduki Singapura dan Raffles pun menerangkan pula kepada Tengku Hussien akan tujuannya memanggil beliau datang ke Singapura serta menyatakan apa-apa yang hendak dibuat oleh Raffles.

Pada 6hb februari 1819 dalam satu istiadat yang telah diadakan oleh orang-orang inggeris di padang Singapura, Thomas Stamford Raffles telah mengangkat Tengku Hussien menjadi Sultan dan di gelar SULTAN HUSSIEN MUHAMMAS SHAH Ibni Almarhum Sultan Mahmud, Sultan Johor

Sultan Hussien Shah mempunyai cita-cita dan visi yang jauh, baginda menyedari yang diri baginda tidak lengkap untuk membangunkan Singapura, mungkin dengan persetujuan ini inggeris dapat membantu membangunkan Singapura dan memperkuatkan kuasa baginda.

Pada hari itu juga Raffles bagi pihak kompeni inggeris telah membuat perjanjian yang sebenarnya dengan Sultan Hussien Shah dan Temenggong Abdul Rahman, dan masing-masing pihak telah menurunkan tandatangan pada surat perjanjian itu.
SYARAT-SYARAT DI DALAM SURAT PERJANJIAN ITU. (bolehlah dikumpulkan maksudnya seperti dibawah ini)
1) Perjanjian ini ialah perjanjian persahabatab dan perikatan antara Stamford Raffles bagi pihak kompeni inggeris dengan Sultan Hussien Shah dan Temenggong Seri Maharaja Abdul Rahman.

2) Perjanjian Sementara yang telah dibuat anatara Stamford Raffles dengan Temenggong Seri Maharaja Abdul Rahman pada 30 januari 1819 telah disahkan.

3) Kompeni inggeris akan membayar wang kepada Sultan Hussien Shah sebanyak 5,000 setiap tahun selagi baginda tinggal di Singapura dan kompeni inggeris melindungi Sultan Hussien Shah.

4) Kompeni inggeris akan membayar wang kepada Temeenggong Seri Maharaja Abdul Rahman sebanyak 3,000 setiap tahun dan akan melindungi Temenggong selagi tinggal di Singapura.

5) Sultan Hussien Shah dan Temenggong Abdul Rahman bersetuju membantu kompeni inggeris melawan musuh-musuh yang hendak menyerang loji-loji kompeni inggeris yang ada atau yang akan didirikan.

6) Sultandan Temenggong tidak akan membuat perjanjian dengan sebarang bangsa lain dan tidak membenarkan sebarang bangsa Eropah atau Amerika membuat tempat kediaman dalam sebarang daerah perintahan mereka.

7) Pelabuhan Singapura dianggap dibawah lindungan inggeris dan tertakluk dibawah orang-orang inggeris.

8) Tambahan kepada Temenggong Seri maharaja Abdul Rahman bolehlah ia menerima separuh dari cukai perahu bumiputera.

9) Perbelanjaan penyelenggaraan pelabuhan Singapura dan memungut cukai-cukai ditanggung oleh pemerintah inggeris.

10) Surat perjanjian ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan telah ditandatangani pada 6 februari 1819.

Oleh sebab Sultan Abdul Rahman di Lingga dan Yam Tuan Muda Raja Jaafar di Riau telah membuat perjanjian dengan Belanda pada 6 februari 1819 dengan tujuan supaya orang-orang inggeris dapat menduduki singapura, Stamford Rafffles telah mengangkat Tengku Hussien abang Sultan Abdul Rahman di Lingga menjadi Sultan JOHOR/SINGAPURA lalu Raffles membuat perjanjian dengan Sultan Hussien Shah dan Temenggong Abdul Rahman, iaitu perjanjian membenarkan orang-orang inggeris duduk dan membangunkan gudang perniagaan mereka di Singapura. Pada 7 februari 1819 Raffles meninggalkan Singapura dan meninggalkan William Farquhar di Singapura sebagai Residen bagi meneruskan pendudukan inggeris di Singapura. Sejak itu mulalah inggeris bertapak di Singapura.

Sebelum Raffles meninggalkan Singapura pada kali terakhirnya pada 7 februari 1819, Raffles telah membuat satu lagi perjanjian baru pula dengan Sultan Hussien Shah dan Temenggong Abdul Rahman, dalam perjanjian itu di antara lain menyebut:-
SULTAN HUSSIEN akan menerima wang sebanyak 150,000 setiap bulan dan Temenggong Seri maharaja Abdul Rahman 800,00 setiap bulan. Sultan tidakboleh menerimacukai dari orang Cina yang datang keluar masuk Singapura, seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengan kecuali kawasan tanah yang diperuntukkan bagi tempat kediaman Sultan dan Temenggong. Residen di singapura boleh mendahulukan wang kepada Sultan untuk menyiapkan sebuah masjid (MASJID SULTAN) yang berdekatan dengan istana (ISTANA KG GLAM) baginda serta tanah-tanah perkuburan.

Hanya lebih kurang sepuluh hari Stamford Raffles di Singapura yang telah mengubah perjalanan sejarah kerajaan Johor dan dahulunya meliputi Johor, Lingga, Singapura dan Pahang dan pulau-pulau kecil di kepulauan Riau. Kerajaan mula berpecah belah, Riau dan lain-lain pulau di kepulauan Riau-Lingga tinggal dalam pengaruh Belanda, Singapura masuk kedalam pengaruh inggeris dan tidak lama kemudian lucut langsung daripada tangan raja-raja melayu sehingga di pandang sebagai bukan lagi tanah orang-orang melayu sehingga menjadi rebutan diantara keturunan Sultan Hussien dengan keturunan Temenggong Seri Maharaja Abdul Rahman yang akhirnya terserah ketangan kesultanan baru di negeri Johor itu, PAHANG pegangan Bendahara tidak lama kemudian menarik diri daripada Riau-Lingga, Singapura dan Johor, dan merdeka sendirinya dibawah perintah Bendahara dan keturunannya yang membentuk kesultanannya sendiri di negeri Pahang.

Dan pada 9 jun 1823 HORN CRAWFORD telah dilantik menggantikan Major William Farquhar sebagai Residen SIngapura.
Horn Crawford telah menahan wang pembayaran bulanan inggeris kepada Sultan Hussien Shah dan Temenggong Abdul Rahman sampai tiga bulan berturut-turut dengan alasan Crawford pada masa itu kompeni inggeris tidak ada wang sehingga Sultan dan Temenggong kesempitan wang yang amat sangat bagi menampong tanggungan mereka sehingga terpaksa berhutang gadai.
Pada masa itu Crawford mengambil peluang mengemukakan tujuannya kepada Sultan dan Temenggong supara menyerahkan Singapura kepada inggeris dengan syarat Sultan akan diberikan wang hadiah sebanyak 33200.00 (wang Sepanyol) dan gaji Sultan selagi hayat baginda ditetapkan sebanyak 1300.00 setiap bulan, Temenggong 26800.00 dan 700.00 gaji setiap bulan. Jika Sultan dan Temenggong mahu berpindah keluar dari Singapura, inggeris akan menambah kepada Sultan 20000.00 dan Temenggong 15000.00.

Kerana kesempitan wang, Sultan dan Temenggong tidak ada pilihan lain dan bersetuju dan akhirnya pada 2 ogos 1824 termeterai perjanjian diantara John Crawford bago pihak kompeni inggeris dengan Sultan Hussien dan Temenggong menyerah pulau Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan kepada inggeris dan menjadi hak inggeris, Sultan Hussien dan Temenggong dibenarkan menetap di Singapura ditanah-tanah asal yang telah diperuntukkan untuk baginda dan Temenggong.

14 ogos 1826 John Crawford digantikan dengan PRINCE sebagai Residen Singapura, Pulau Pinag dan Melaka disatukan menjadi jajahan Syarikat Kompeni di Tanah Melayu yang biasa disebut STRAITS SETTLEMENT.

1834 Sultan Hussien membawa anak isteri baginda pergi Melaka menziarahi anak perempuan baginda TENGKU ANDAK yang telah berkahwin dengan orang kebiasaan bernama ABDUL KADIR di Melaka.

5 september 1835 Sultan Hussien Shah ibni Almarhum Sulatan Mahmud III Mangkat di Melaka dakam usia 59 tahun dan di makamkan di TENGKERA Melaka. Putera baginda di Pahang bernama TENGKU ABDUL JALIL dan TEMENGGONG DAING IBRAHIM (Tengku Chik) dari Singapura telah datang ke Melaka dengan niat hendak membawa jenazah baginda ke Riau dan dikebumikan di sisi ayahandanya almarhum Sultan Mahmud III di Lingga, tetapi tiadadiluluskan oleh balu-balu baginda dan putera-puteranya di Melaka.

Mengikut sejarah keluarga Sultan Hussien Shah, setalah kemangkatan baginda cucu Sultan Hussien yang lebih dewasa dari putera-putera baginda yang maseh hidup telah menggantikan baginda sebagai Pemangku Sultan, kerana putera-putera baginda TENGKU ALI, TENGKU ABDUL JALIL dan TENGKU JAAFAR maseh kecil, malangnya penggantiannya hanya berlanjutan hingga tahun 1840 kerana TENGKU MAHMUD telah mati diracun oleh orang-orang yang takut dianiaya atau kehilangan kuasa.

1835-1840 setalah Sultan Hussien mangkat di Melaka, balu-balu baginda tidak mendapat apa-apa wang pencen daripada kompeni inggeris tetapi 4 orang putera almarhum mendapat pemberian dari kompeni inggeris setiap bulan sebanyak 70.00 setiap orang.

1840-1877 pada 20 jun 1877 Sultan Ali telah mangkat di Umbai-Melaka, mengikut sejarah keluarga Sultan Hussien Shah perebutan hak keluarga telah timbul diantara Tengku Alam dan Tengku Mahmud serta beberapa lagi waris-waris yang lain. Ini telah melarat hingga perebutan ini dibawa ke Mahkamah dan akhirnya pada tahun 1897 COURT OF APPEAL OF THE COLONY, Justice Leach telah membuat penghukuman iaitu TANAH PENINGGALAN SULTAN HUSSIEN SHAH yang di inapi oleh Tengku Alam bukanlah haknya dan di istiharkan sebagai TANAH MAHKOTA (CROWN LAND) dan tidak terikat kepada perjanjian. Justice Leach menghukumkan: "TIADA SESIAPA TERTENTU DARI WARIS-WARIS YANG BERHAK ATAS HARTA PENINGGALAN ALMARHUM" dan mengesyorkan dibentuk ORDINANCE-ORDINANCE untuk melindungi harta peninggalan itu daripada luput oleh sesiapa pun. Berikutan itu tuntutan rayuan selanjutnya telah ditolak oleh Acting Chief Justice Collyer.

Keputusan muktamad mahkamah, Gabenor Straits Settelment telah mengistiharkan Sulatan Hussien ORDINANCE pada 1 januari 1905, di takbiri oleh Pemungut Hasil Tanah dan akan di bayar kepada keluarga Sulatan Hussien habuan yang akan ditetapkan atau diluluskan oleh YANG DIPERTUAN NEGARA (sekarang PRESIDENT) jumlahnya tidak lebih 750.00 selanjutnya jika tanah di KAMPONG GLAM (lebih kurang 23 Hektar atau 56 Ekar) menghasilkan lebih dari 750.00 setahun, Yang DiPertuan Negara iaitu President boleh mengistiharkan bayaran tambahan tidak lebih 9/10 dari kelebihan dari apa yang dikhaskan setiap tahun dan akan dibayar kepada keluarga Almarhum Sultan Hussien. Pembayaran kepada Almarhum Sultan Hussien dibawah Ordinance tersebut tidak boleh diserahkan kepada sesiapa atau ditukar nama, ditahan atau dicukaikan. (Ordinance Chapter 382)


SIAPA PEMILIK ISTANA KG GLAM


Persoalan: Siapa pemilik Istana Kg Glam
Kini Istana Kg Glam telah di jadikan sebagai sebuah khazanah melayu (2000) di mana Istana tersebut telah di ubah suai oleh kerajaan Singapura kononnya untuk mengekalkan warisan kesultanan melayu Singapura.
Banyak cakap-cakap mengenai persoalan merubah Istana Kg Glam ini samaada dari rakyat biasa, anggota-anggota parlimen, menteri-menteri serta anak cucu cicit sultan hussien itu sendiri, tetapi cakap-cakap dan apa juga bantahan dari orang-orang yang berkepentingan dengan istana tersebut hanya tinggal cakap-cakap dan bantahan. Kerajaan singapura tetap mengambil istana tersebut dan di jadikan seperti ianya sekarang.
Tetapi ramai yang tidak tahu, atau tak ingin ambil tahu bahawa pengambilan istana kg glam oleh kerajaaa singapura adalah tidak berlandaskan undang-undang yang betul, cara yang betul dan telah mengubah hakmilik tanah istana kg glam kepada harta negara demi mengelakkan pembayaran pampasan yang bernilai berbillion dollar, dimana harga pasaran terkini telah melebihi S$1000 per kaki persegi!
Tahukah anda bahawa tanah istana kg glam milik warisan sultan hussien shah adalah seluas 23 hectar atau 56 ekar dan bukan hanya setakat kawasan di istana sahaja, tanah seluas 56 ekar itu MERANGKUM dari Jalan Sultan, Beach Road, Victoria Street dan North Beach Road adalah pemberian kerajaan British kepada sultan hussien shah untuk selama-lamanya sebagai tanda terima kaseh British kerana menyerahkan pulau singapura ke dalam pemerintahan British. Tetapi pergolakan berlaku sekitar tahun 1883 di mana kemangkatan sultan hussien shah telah membuat 3 orang isteri-isteri beliau berebut untuk memiliki tanah seluas 56 ekar tersebut, untuk mengelakkan sebarang perpecahan pihak British telah mewartakan di dalam Ordinance Sultan Hussien bahawa tanah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan British seperti tanah-tanah yang lain. tetapi di dalam peruntukkan Cap 315 itu ada MENYEBUT hak-hak waris sultan hussien (sila rujuk kepada ordinance 315 tersebut) yang harus di laknasakan oleh kerajaan seperti membayar lebihan wang pungutan daripada penyewaan tanah dan bangunan di sekitar istana tersebut.
Pada tahun 1904 pula kerajaan British telah mengeluarkan satu lagi ordinance 382 yang memulangkan keseluruhan tanah 56 ekar tersebut kepada keluarga diraja sultan hussien dan hak milik tanah seluas 56 ekar itu menjadi hak milik warisan keluarga sulan hussien shah buat selama-lamanya.
Tetapi apabila singapura merdeka pada tahun 1965, kerajaan yang berkuasa telah cuba mengambil alih tanah tersebut dari pewaris-pewaris keluarga sultan hussien untuk di milik negarakan kerana ianya terletak di pusat perniagaan yang sangat strategik dan bernilai tinggi, dan pada 1973 satu untuk mengambil alih kuasa tanah milik istana kg glam yang di pelopori oleh menteri yang bertanggung-jawap pada ketika itu Mr Dhanabalan dengan cuba di pajak oleh kerajaan dengan salah satu pihak keluarga sultan hussien (Tengku Aziz) yang bernilai S$75 Billion untuk selama 300 tahun gagal di laksanakan kerana mendapat bantahan dari pewaris yang lain.
Percubaan bagi merampas hak dari keluarga pewaris Sultan Hussien Shah telah dilakukan oleh perdana menteri pertama Lee Kuan yew tetapi gagal dilaksanakan kerana ia baru memimpin singapura dan tidak mahu melayu berpecah undi kerana isu tersebut, perdana menteri kedua goh chok tong juga gagal untuk merampas tanah pusaka tersebut kerana beliau mempunyai cara kepimpinan yang terbuka dan akhir-akhir ini anak kepada lee kuan yew menjadi perdana menteri ketiga singapura, melalui beliaulah usaha lee kuan yew dapat diteruskan kerana lee hsien loong memiliki kepimpinan ketenteraan dan taat kepada tuannya (MM Lee).

Semenjak itu telah banyak helah telah di gunakan oleh kerajaan untuk mengambil alih tanah tersebut tetapi tidak berjaya, memandang keadaan yang begitu mendesak kerajaan telah mengambil keputusan untuk kembali kepada Ordinance British Chapter 315 dengan memilik negarakan tanah tersebut, dengan lulusnya perlembagaan itu dengan sendirinya hak milik sultan hussien shah di pupuskan oleh kerajaan, dan setiap penghuni istana tersebut di berikan ganti rugi perpindahan sahaja, dan kepada pewaris utama di sogok dengan pampasan yang bernilai tidak lebih dari S$2 juta seorang (kesemua pewaris utama berjumlah 79 orang). langkah ini amat menjimatkan bagi kerajaan singapura daripada terpaksa membayar berbilion-bilion dollar!
Manakala penentang-penentang dari kaum keluarga sultan hussien shah terhadap langkah kerajaan itu memilik negarakan tanah pusaka nenek moyang mereka itu menerima pelbagai padah dari kesan tindakkan mereka menentang kerajaan, ada yang terpaksa menandatangani surat penyerahan kuasa dan hak milik tanah istana tersebut kepada kerajaan buat selama-lamanya, ada yang ingkar terpaksa kehilangan nyawa atau melarikan diri keluar negara tetapi mereka-mereka ini maseh kagi di buru oleh ejen-ejen kerajaan, ada juga yang telah di bunuh di luar negara.
Kerajaan juga telah merampas segala dokumen-dokumen asli mengenai kesahihan watikah kerajaan British kepada sultan hussien shah dari pewaris beliau termasuk buku-buku sejarah, barang-barang penting kerajaan sultan hussien dan kini tiada apa yang dapat di buktikan oleh para pewaris terhadap tuntutan mereka, di dalam negeri pula kerajaan telah melarang semua firma guaman dari membantu untuk keluarga pewaris sultan hussien shah ke sebarang mahkamah, dan mereka-mereka ini telah di hadapkan pula ke mahkamah atas tuduhan merosakkan harta benda kerajaan kerana memasang sepanduk bantahan di dalam kawasan istana mereka sendiri.
Anggota-anggota parlimen melayu singapura pula tidak mengindahkan isu pertelingkahan tanah pusaka sultan hussien shah ini dengan pemerintah kerana takut periuk nasi mereka terganggu gugat atau di kenakan tindakkan, walaupun mereka itu tahu siapa yang benar dan siapa yang salah, Presiden singapura yang di dalam perlembagaan negara pula seharusnya membela nasib kaum minoriti hanya dapat mendiamkan diri kerana di bayar gaji jutaan dollar setahun!, jadi kepada siapa pewaris-pewaris sultan hussien ini harus mangadu dan meminta pertolongan?...
Adakah kepada anggota perlimen melayu singapura?, kepada presiden singapura?, kepada mahkamah singapura?, kepada British?, kepada Malaysia yang melepaskan singapura? atau kepada siapa???.....
Harus di ingat kembali bahawa tanah seluas 56 ekar itu kini bernilai ber Bilion-Bilion Dollar singapura, kedua singapura di dalam acuan MM Lee mahu di jadikan Singaporean Singapore yang tiada berbangsa-bangsa melainkan bangsa singaporean, tiada perkataan melayu lagi cina lagi india lagi tetapi impian itu memerlukan masa 200 hingga 300 ratus tahun lagi..yang perlu di lakukan ialah kerajaan singapura sekarang ialah harus membeli balik atau merampas balik apa juga tanah-tanah milik kesultanan Melayu sebagaimana yang di lakukan dengan tanah-tanah milik kesultanan johor di mana kesemuanya telah di beli dari johor (lebih kurang S$4 Billion), tanah keretapi tanah melayu (KTM) pula juga menjadi sasaran terakhir, jika kesemuanya berjaya di milik negarakan oleh kerajaan singapura maka perancangan acuan singaporean singapore MM Lee akan menjadi kenyataan tanpa perlu menunggu 200 - 300 tahun lagi.
Tetapi di mana pejuang-pejuang nasib orang-orang melayu, raja-raja melayu yang maseh bertali keluarga dengan pewaris sultan hussien shah itu dan badan-badan pejuan melayu seperti PKMS, UMNO, PAS dan sebagainya, kenapa membisu seribu bahasa?????
Itu dunia hari ini yang mementingkan kepentingan diri sendiri dari membantu dan memberikan bantuan...
Lihatlah apakah kegunaan Warisan Istana Kg Glam yang di ambil alih oleh kerajaan singapura, sedangkan isu pemilikan tanah dan pampasan belum selesai dengan pewaris sultan hussien, mereka telah memungut hasil dari pemulihan istana kg glam melalui syarikat Kampong Glam Bussiness Association (KBGa), hasil yang mereka pungut dari pelbagai sumber itu adalah sebahagiannya maseh menjadi milik pewaris-pewaris Sultan Hussien Shah, adakah langkah kerajaan PAP ini wajar? dan harus di sokong????.... Jika benar dan ikhlas kerajaan PAP inginkan tanah tersebut, mengapa mereka tidak membeli dan membayar sahaja mengikut harga pasaran?, mengapa harus menggunakan kuasa undang-undang yang digubal khas bagi menghalau mereka dari tanah nenek moyang mereka?, jika tanah Sultan Johor boleh dibeli dan dibayar mengikut harga pasaran kenapa tidak tanah kampong glam?, adakah kerana mereka tidak mempunyai kuasa DiRaja, tidak lagi dipandang berprofil tinggi dan tidak berwang? lalu mereka mengambil kesempatan untuk menindas mereka.
Harus diketahui oleh umum bahawa kematian Allahyarham Tengku Jamil Bin Tengku Muhamad Bin Tengku Abdul Rahman Bin Tengku Mahmud Bin Tengku Muhamad Hitam (Tengku Besar) Bin Sultan Hussien Muadzam Shah pada awal 1993 adalah kerana menentang kerajaan PAP dari mengambil alih tanah pusaka mereka termasuk ingin menukar nama Masjid Sultan kepada Masjid Negara, beliau dipenjara atas tuduhan menggunakan senjata (keris yang dibawa adalah keris lambang DiRaja) ketika berkunjung ke Masjid Sultan dan dibelasah teruk didalam tahanan sehingga diberikan suntikkan penamat lalu dihantar pulang kerumah dan dalam beberapa hari beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Tidak tamat disitu, kerajaan PAP pula memfail tuduhan merosakkan harta benda awam kepada anak Allahyarham Tengku Jamil iaitu kepada Tengku Muhamed Bin Tengku Jamil kerana membantah kerajaan PAP dari merampas tanah pusaka mereka dengan menaikkan sepanduk didalam kawasan Istana Kg Glam didalam kawasan tanah mereka sendiri, jika sabit kesalahan beliau boleh dihukum 20 tahun penjara, kerana itu beliau terpaksa melarikan diri keluar dari singapura supaya tidak menerima nasib yang sama seperti ayahanda beliau.
Kini Tengku Muhamed Bin Tengku Jamil sebagai pewaris dan wakil berkuasa dari keluarga Sultan Hussien meneruskan perjuangannya menentang kerajaan PAP dari luar negara, tetapi beliau maseh belum berputus asa dan maseh terus berusaha untuk memaksa kerajaan PAP untuk akur dan mengiktiraf hak-hak Sultan Hussien Shah di tanah seluas 23 hektar atau 56 ekar itu.
Anda fikir-fikirkan sendiri...