Thursday, 23 August 2007

SIAPA PEMILIK ISTANA KG GLAM


Persoalan: Siapa pemilik Istana Kg Glam
Kini Istana Kg Glam telah di jadikan sebagai sebuah khazanah melayu (2000) di mana Istana tersebut telah di ubah suai oleh kerajaan Singapura kononnya untuk mengekalkan warisan kesultanan melayu Singapura.
Banyak cakap-cakap mengenai persoalan merubah Istana Kg Glam ini samaada dari rakyat biasa, anggota-anggota parlimen, menteri-menteri serta anak cucu cicit sultan hussien itu sendiri, tetapi cakap-cakap dan apa juga bantahan dari orang-orang yang berkepentingan dengan istana tersebut hanya tinggal cakap-cakap dan bantahan. Kerajaan singapura tetap mengambil istana tersebut dan di jadikan seperti ianya sekarang.
Tetapi ramai yang tidak tahu, atau tak ingin ambil tahu bahawa pengambilan istana kg glam oleh kerajaaa singapura adalah tidak berlandaskan undang-undang yang betul, cara yang betul dan telah mengubah hakmilik tanah istana kg glam kepada harta negara demi mengelakkan pembayaran pampasan yang bernilai berbillion dollar, dimana harga pasaran terkini telah melebihi S$1000 per kaki persegi!
Tahukah anda bahawa tanah istana kg glam milik warisan sultan hussien shah adalah seluas 23 hectar atau 56 ekar dan bukan hanya setakat kawasan di istana sahaja, tanah seluas 56 ekar itu MERANGKUM dari Jalan Sultan, Beach Road, Victoria Street dan North Beach Road adalah pemberian kerajaan British kepada sultan hussien shah untuk selama-lamanya sebagai tanda terima kaseh British kerana menyerahkan pulau singapura ke dalam pemerintahan British. Tetapi pergolakan berlaku sekitar tahun 1883 di mana kemangkatan sultan hussien shah telah membuat 3 orang isteri-isteri beliau berebut untuk memiliki tanah seluas 56 ekar tersebut, untuk mengelakkan sebarang perpecahan pihak British telah mewartakan di dalam Ordinance Sultan Hussien bahawa tanah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan British seperti tanah-tanah yang lain. tetapi di dalam peruntukkan Cap 315 itu ada MENYEBUT hak-hak waris sultan hussien (sila rujuk kepada ordinance 315 tersebut) yang harus di laknasakan oleh kerajaan seperti membayar lebihan wang pungutan daripada penyewaan tanah dan bangunan di sekitar istana tersebut.
Pada tahun 1904 pula kerajaan British telah mengeluarkan satu lagi ordinance 382 yang memulangkan keseluruhan tanah 56 ekar tersebut kepada keluarga diraja sultan hussien dan hak milik tanah seluas 56 ekar itu menjadi hak milik warisan keluarga sulan hussien shah buat selama-lamanya.
Tetapi apabila singapura merdeka pada tahun 1965, kerajaan yang berkuasa telah cuba mengambil alih tanah tersebut dari pewaris-pewaris keluarga sultan hussien untuk di milik negarakan kerana ianya terletak di pusat perniagaan yang sangat strategik dan bernilai tinggi, dan pada 1973 satu untuk mengambil alih kuasa tanah milik istana kg glam yang di pelopori oleh menteri yang bertanggung-jawap pada ketika itu Mr Dhanabalan dengan cuba di pajak oleh kerajaan dengan salah satu pihak keluarga sultan hussien (Tengku Aziz) yang bernilai S$75 Billion untuk selama 300 tahun gagal di laksanakan kerana mendapat bantahan dari pewaris yang lain.
Percubaan bagi merampas hak dari keluarga pewaris Sultan Hussien Shah telah dilakukan oleh perdana menteri pertama Lee Kuan yew tetapi gagal dilaksanakan kerana ia baru memimpin singapura dan tidak mahu melayu berpecah undi kerana isu tersebut, perdana menteri kedua goh chok tong juga gagal untuk merampas tanah pusaka tersebut kerana beliau mempunyai cara kepimpinan yang terbuka dan akhir-akhir ini anak kepada lee kuan yew menjadi perdana menteri ketiga singapura, melalui beliaulah usaha lee kuan yew dapat diteruskan kerana lee hsien loong memiliki kepimpinan ketenteraan dan taat kepada tuannya (MM Lee).

Semenjak itu telah banyak helah telah di gunakan oleh kerajaan untuk mengambil alih tanah tersebut tetapi tidak berjaya, memandang keadaan yang begitu mendesak kerajaan telah mengambil keputusan untuk kembali kepada Ordinance British Chapter 315 dengan memilik negarakan tanah tersebut, dengan lulusnya perlembagaan itu dengan sendirinya hak milik sultan hussien shah di pupuskan oleh kerajaan, dan setiap penghuni istana tersebut di berikan ganti rugi perpindahan sahaja, dan kepada pewaris utama di sogok dengan pampasan yang bernilai tidak lebih dari S$2 juta seorang (kesemua pewaris utama berjumlah 79 orang). langkah ini amat menjimatkan bagi kerajaan singapura daripada terpaksa membayar berbilion-bilion dollar!
Manakala penentang-penentang dari kaum keluarga sultan hussien shah terhadap langkah kerajaan itu memilik negarakan tanah pusaka nenek moyang mereka itu menerima pelbagai padah dari kesan tindakkan mereka menentang kerajaan, ada yang terpaksa menandatangani surat penyerahan kuasa dan hak milik tanah istana tersebut kepada kerajaan buat selama-lamanya, ada yang ingkar terpaksa kehilangan nyawa atau melarikan diri keluar negara tetapi mereka-mereka ini maseh kagi di buru oleh ejen-ejen kerajaan, ada juga yang telah di bunuh di luar negara.
Kerajaan juga telah merampas segala dokumen-dokumen asli mengenai kesahihan watikah kerajaan British kepada sultan hussien shah dari pewaris beliau termasuk buku-buku sejarah, barang-barang penting kerajaan sultan hussien dan kini tiada apa yang dapat di buktikan oleh para pewaris terhadap tuntutan mereka, di dalam negeri pula kerajaan telah melarang semua firma guaman dari membantu untuk keluarga pewaris sultan hussien shah ke sebarang mahkamah, dan mereka-mereka ini telah di hadapkan pula ke mahkamah atas tuduhan merosakkan harta benda kerajaan kerana memasang sepanduk bantahan di dalam kawasan istana mereka sendiri.
Anggota-anggota parlimen melayu singapura pula tidak mengindahkan isu pertelingkahan tanah pusaka sultan hussien shah ini dengan pemerintah kerana takut periuk nasi mereka terganggu gugat atau di kenakan tindakkan, walaupun mereka itu tahu siapa yang benar dan siapa yang salah, Presiden singapura yang di dalam perlembagaan negara pula seharusnya membela nasib kaum minoriti hanya dapat mendiamkan diri kerana di bayar gaji jutaan dollar setahun!, jadi kepada siapa pewaris-pewaris sultan hussien ini harus mangadu dan meminta pertolongan?...
Adakah kepada anggota perlimen melayu singapura?, kepada presiden singapura?, kepada mahkamah singapura?, kepada British?, kepada Malaysia yang melepaskan singapura? atau kepada siapa???.....
Harus di ingat kembali bahawa tanah seluas 56 ekar itu kini bernilai ber Bilion-Bilion Dollar singapura, kedua singapura di dalam acuan MM Lee mahu di jadikan Singaporean Singapore yang tiada berbangsa-bangsa melainkan bangsa singaporean, tiada perkataan melayu lagi cina lagi india lagi tetapi impian itu memerlukan masa 200 hingga 300 ratus tahun lagi..yang perlu di lakukan ialah kerajaan singapura sekarang ialah harus membeli balik atau merampas balik apa juga tanah-tanah milik kesultanan Melayu sebagaimana yang di lakukan dengan tanah-tanah milik kesultanan johor di mana kesemuanya telah di beli dari johor (lebih kurang S$4 Billion), tanah keretapi tanah melayu (KTM) pula juga menjadi sasaran terakhir, jika kesemuanya berjaya di milik negarakan oleh kerajaan singapura maka perancangan acuan singaporean singapore MM Lee akan menjadi kenyataan tanpa perlu menunggu 200 - 300 tahun lagi.
Tetapi di mana pejuang-pejuang nasib orang-orang melayu, raja-raja melayu yang maseh bertali keluarga dengan pewaris sultan hussien shah itu dan badan-badan pejuan melayu seperti PKMS, UMNO, PAS dan sebagainya, kenapa membisu seribu bahasa?????
Itu dunia hari ini yang mementingkan kepentingan diri sendiri dari membantu dan memberikan bantuan...
Lihatlah apakah kegunaan Warisan Istana Kg Glam yang di ambil alih oleh kerajaan singapura, sedangkan isu pemilikan tanah dan pampasan belum selesai dengan pewaris sultan hussien, mereka telah memungut hasil dari pemulihan istana kg glam melalui syarikat Kampong Glam Bussiness Association (KBGa), hasil yang mereka pungut dari pelbagai sumber itu adalah sebahagiannya maseh menjadi milik pewaris-pewaris Sultan Hussien Shah, adakah langkah kerajaan PAP ini wajar? dan harus di sokong????.... Jika benar dan ikhlas kerajaan PAP inginkan tanah tersebut, mengapa mereka tidak membeli dan membayar sahaja mengikut harga pasaran?, mengapa harus menggunakan kuasa undang-undang yang digubal khas bagi menghalau mereka dari tanah nenek moyang mereka?, jika tanah Sultan Johor boleh dibeli dan dibayar mengikut harga pasaran kenapa tidak tanah kampong glam?, adakah kerana mereka tidak mempunyai kuasa DiRaja, tidak lagi dipandang berprofil tinggi dan tidak berwang? lalu mereka mengambil kesempatan untuk menindas mereka.
Harus diketahui oleh umum bahawa kematian Allahyarham Tengku Jamil Bin Tengku Muhamad Bin Tengku Abdul Rahman Bin Tengku Mahmud Bin Tengku Muhamad Hitam (Tengku Besar) Bin Sultan Hussien Muadzam Shah pada awal 1993 adalah kerana menentang kerajaan PAP dari mengambil alih tanah pusaka mereka termasuk ingin menukar nama Masjid Sultan kepada Masjid Negara, beliau dipenjara atas tuduhan menggunakan senjata (keris yang dibawa adalah keris lambang DiRaja) ketika berkunjung ke Masjid Sultan dan dibelasah teruk didalam tahanan sehingga diberikan suntikkan penamat lalu dihantar pulang kerumah dan dalam beberapa hari beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Tidak tamat disitu, kerajaan PAP pula memfail tuduhan merosakkan harta benda awam kepada anak Allahyarham Tengku Jamil iaitu kepada Tengku Muhamed Bin Tengku Jamil kerana membantah kerajaan PAP dari merampas tanah pusaka mereka dengan menaikkan sepanduk didalam kawasan Istana Kg Glam didalam kawasan tanah mereka sendiri, jika sabit kesalahan beliau boleh dihukum 20 tahun penjara, kerana itu beliau terpaksa melarikan diri keluar dari singapura supaya tidak menerima nasib yang sama seperti ayahanda beliau.
Kini Tengku Muhamed Bin Tengku Jamil sebagai pewaris dan wakil berkuasa dari keluarga Sultan Hussien meneruskan perjuangannya menentang kerajaan PAP dari luar negara, tetapi beliau maseh belum berputus asa dan maseh terus berusaha untuk memaksa kerajaan PAP untuk akur dan mengiktiraf hak-hak Sultan Hussien Shah di tanah seluas 23 hektar atau 56 ekar itu.
Anda fikir-fikirkan sendiri...

1 Comments:

At 17 January 2008 at 04:25 , Anonymous Anonymous said...

Dear Sir;

I am very interested in the present fate of the Sultan's dynasty of Singapore.Just accept the situation and work hard for the better thing.You never know,what will happen in the future.
I hope you can give me some information about the total situation of the dynasty later.F.i. what is Tengku Ismail;the Sultan's dynasty chief;now doing for the dynasty and what the crownprince(Tengku Sri Indra(who must be a succesfull businessman).They still fight in their way for the functioning of the dynasty?
I also contribute to the website Royal Ark(espacially about Indonesia and a bit about countries surrounding it).
Yes,it is difficult,when your dynasty is in a little country and you don't have superbig power.Good to have contact with Riau-Lingga dynasty.I have contact with Raja Mohammad Said of the Bugis vice-King dynasty.
I hope you can inform me later.
When the Chinese people there see,
that decission to make the palace a museum isn't total good,then they can changeDo you know,that most big palaces in Indonesia also turned into musea after ca. 1960.Then not very pro-moanarchy the atmosphere in Indonesia.
Now the atmopshere has changed.The palaces are given back,new palaces built,old palaces resaurated,or the monarch gets a palace built in the old style,the royal culture will be preserved by finaces of the government.But:royalty always on this world will remain politics.
Now the dynasties come together in Indonesia to talk about their future and to make plans about the preserving the royal culture.
Riau-Lingga dynasty also will become member.
I heard,that Raja Mohamad Said,who has contact with the crownprince,will invite the Sultan's dynasty of Singapore also to come there.
But again:accept the situation and make the best of it.Keep on believing in the future.I am not possesing the truth myself,but I know,that this isn the only way to live on this world.
Thank you for all your reaction and succes with your good works.

Hormat saya:
D.P. Tick(gelar Raja Muda Kuno)
(Anggota Kerabat Raja Kupang/Sonaf KotaE Bakunase)
secretary Pusat Dokumentasi Kerajaan2 di Indonesia "Pusaka"
van Bleiswijkstraat 52C
3135 AM Vlaardingen
the Netherlands
0031(0)10-4603516
pusaka.tick@tiscali.nl
www.royaltimor.com

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home